berita

Adi Putra Disahkan Hidap Batu Karang

August 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adi Putra

Selepas kita dikejutkan dengan berita Adi Putra dikejarkan ke hospital sekitar pagi semalam (19 Ogos), industri hiburan kemudiannya dikejutkan pula dengan berita mengenai pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam rebah dirumah.

Menerusi sebuah laporan dari akhbar tempatan semalam, Datuk Yusof Haslam disahkan menghidap penyakit batu karang dan harus menjalani pembedahan secepat mungkin.

Namun, bagaikan kebetulan, Adi Putra yang juga pernah berlakon dalam filem-filem terbitan Datuk Yusof Haslam, turut disahkan menghidap penyakit yang sama. Melalui laporan Harian Metro hari ini, Adi Putra telah pun menjalani pembedahan pada jam 9.30 pagi (hari ini).

Artikel Berkaitan :

  • Datuk Yusof Haslam & Adi Putra Dikejarkan Ke Hospital

Isteri Adi Putra ketika ditemubual menjelaskan, aktor kacak itu sebelum ini pernah mengadu sakit sebelum dibawa ke Hospital Prince Court.

“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court.”

Nampaknya ini adalah satu kejutan buat industri hiburan dimana kedua selebriti diserang penyakit batu karang pada hari yang sama. Semoga keduanya cepat sembuh dan pada kita yang masih sihat, jagalah kesihatan anda.

SKIP THIS AD ×