berita

Adibah Noor Rela Duduk Rumah Kawan Di Usia Tua Jika Masih Tak Berkahwin. #bff!

June 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adibah_Noor_Konsert_default

Ingat lagi tak lebih kurang tiga tahun lepas Adibah Noor pernah mengeluarkan kenyataan tak mahu berkahwin kerana serik putus cinta sebanyak lima kali?

Nampaknya penyanyi bersuara lunak ini masih tetap dengan pendiriannya dan begitu selesa hidup solo sambil dikelilingi kawan-kawan baik.

Malah, Adibah turut yakin mereka akan menjaganya apabila tua nanti jika dia masih belum bertemu cinta dengan mana-mana lelaki yang boleh dijadikan suami.

Saya ada beberapa orang sahaja kawan yang saya simpan dan ini adalah golongan manusia dalam kehidupan saya yang sampai ke tua kami akan bersama. Esok-esok kalau saya tak ada sesiapa, saya duduk rumah diorang kot. We will be taking care of each other.

Alahai, sedih pula bila dengar Adibah cakap macam tu. Tapi kalau difikirkan secara logik, itulah gunanya kawan, kan? Sahabat sejati akan membantu dikala susah dan senang.

Ini adalah jodoh saya yang sebenarnya. Orang selalu tanya bila nak kahwin, sebenarnya pada saya, jodoh tak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan sahaja, persahabatan itu juga adalah jodoh. There’s a small group of people yang saya rasa akan setia bersama di sisi saya sampailah saya mati esok. Dan sebaliknya, me for them juga.

Adibah berkata demikian sewaktu melancarkan single terbaru berjudul Bahasa Rindu yang dinyanyikan bersama sahabat baiknya, Nizam Din.

Bukan calang-calang orang, Nizam mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri muzik dan pernah menjelajah ke seluruh Malaysia, Thailand, China dan India untuk membuat persembahan. Suaranya pun boleh tahan merdu, sesuai dengan Adibah.

2014-06-03 17.28.05

Adibah Noor dan teman duetnya untuk Bahasa Rindu, Nizam Din

Dalam masa yang sama, Adibah berharap supaya lagu tersebut boleh diputarkan di corong-corong radio sekerap lagu-lagu baru yang lain.

Saya harap stesen radio dapat memainkan lagu Bahasa Rindu kepada pendengar setia mereka. Kerana kadang-kadang kita mengeluh, ‘Ya Allah, lagu macam tu keluar radio?’. Jadi apa kata variasikan playlist tu dan letak lagu macam ni juga keluar radio. Diselang-selikan dengan market orang tua macam saya ni apa salahnya.

SKIP THIS AD ×