berita

‘Adik Ada Abang Syafi’ Di Sana’ – Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Lepas Sejam Dilahirkan

November 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kehilangan cahaya mata sememangnya menjadi perkara yang sangat ditakuti oleh mana-mana pasangan yang berkahwin. Bagi mereka, kehadiran insan ini merupakan anugerah terindah diberikan Allah s.w.t dan pastinya mereka mahu menjaga permata bernilai itu hingga ke hujung nyawa.

Namun, perkongsian Luna Abdullah ini pastinya bakal membuatkan kita sedih apabila dia kehilangan anaknya hanya selepas sejam dilahirkan baru-baru ini.

Baby tak sihat masa scan

Kami simpan sini buat kenangan. Anak syurga mama yang pertama, baby Syafi’ Ramadhan Bin Syazwan Syahazrin (4 bulan++) 2018. Anak syurga mama yang kedua, baby Maryam Eiliya Binti Syazwan Syahazrin (6 bulan) 2019.

Pada 21/10/2019 (Isnin),  mimpi ngeri buat mama dan papa. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar di hospital *** dan mendapati anak kami tidak sihat semasa scan.

Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan penyakit adik. Doktor pakar *** bagi mama dan papa masa untuk tenangkan fikiran dan membuat keputusan.

Jika bersalin awal atau pun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Atau pun paling lama 2-3 hari. Kami buat keputusan minta doktor refer kes ke *** untuk selanjutnya sebab kami nak dekat dengan family.

Terkilan, siang malam menangis

Kandungan kami semasa detail scan berusia 5 bulan lebih, sungguh kami terkilan. Aturan Allah s.wt., Allah Maha besar. Allah sayang adik lebih dari kami. Kalau kira due lagi 3 bulan adik nak jumpa mama dan papa. Mama dan papa tiap bulan simpan duit nak beli macam-macam dekat adik. Due adik mengikut scan 18 Februari 2020.

Kami membuat keputusan untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan apa yang doktor syorkan bersalin awal lebih baik untuk kesihatan mama dan tak sanggup tengok adik sakit. Bukan senang untuk kami tapi kami kuat. Kami hamba Allah, siapa kita nak halang semua ni. Memang susah untuk kami terima.

Siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Kami menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.

Masa scan aktif sangat

Masa scan tu adik aktif sangat. Siap angkat-angkat tangan dan kaki lagi, suka sangat mana dan papa tengok. Adik sorok-sorok dekat mama dan papa masalah adik. Doktor di *** dan nurse usik-usik lagi adik. Adik siap angkat tangan, buat-buat baca doa (tadah tangan).

Dua hari kemudian kami datang lagi ***, repeat scan. Saya dikhabarkan bahawa baby saya tidak sihat dan tak disimpan lama. Berderai air mata. Doktor bagi surat untuk jumpa pakar di *** untuk detail scan pada 21/10/2019.

Mama dan papa sangat-sangat sedih, Allah saja yang tahu. Kami nampak kuat tapi kami tak kuat. Adik ialah anugerah terindah mama pernah dapat. Saat-saat bersama adik 6 bulan dalam kandungan mama takkan pernah mama lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim mama selama 6 bulan.

Adik dan abang  Syafi’ (anak syurga mama). Adik ada abang Syafi’ di sana. Anak first mama yang juga tinggalkan mama masa 4 bulan lebih.

Setuju bersalin awal

Setelah kami berbincang, saya dan suami bersetuju untuk ditahan wad pada 3/11/2019 dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Doktor telah memasukkan ubat pada 4/11/2019 jam 11 pagi. Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan saya. 24 jam saja saya mengalami sakit tak dapat diceritakan dengan memasukkan sebiji ubat sahaja.

Pada 5/11/19 tepat jam 12 tengah hari saya tak boleh nak tahan sakit. Saya panggil nurse, lepastu saya ditolak ke bilik rawatan dekat wad untuk doktor check bukaan. Doktor terkejut sebab dah buka jalan dan baby pun dah nak keluar. 5/11/19, jam 12:30 tepat adik dilahirkan dengan sekali mama push. Alhamdulillah syukur.

Doktor ambil baby dan letak dekat dada mama. Ya Allah adik buka mata tengok mama, sebak sangat masa tu. Ya Allah awak comel sangat, tinggi, putih.

Sempat azankan baby

Suami saya baru sampai masa tu. Alhamdulillah, sempat azankan baby. Lepas je suami azankan, tepat jam 13:30 adik hembuskan nafas terakhir. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 1 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.

Semoga kesedihan kami pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti.

Alhamdulillah, anak mama selamat dikebumikan diiringi hujan rintik-rintik petang ni.

Sumber: Facebook Luna Abdullah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×