Pengacara dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menyeru rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Tumor Di Buah Pinggang & Doktor Sahkan Itu Kanser’ – Awie
‘Adik Alisa kuat’
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Elly yang lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom berkongsi dirinya dalam perjalanan ke Johor bagi melawat Alisa yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.
Menurut Kak Lina, keadaan kesihatan adik Alisa makin lemah dan dilaporkan berada dalam keadaan tenat.
Susulan itu, Kak Lina memohon orang ramai untuk mendoakan agar adik Alisa diberikan kesembuhan.
Alisa anak yang kuat, Malaysia doakan Alisa ya sayang.
Mama (Kak Lina) datang tengok Alisa, kuat ya anak.
Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.
Difahamkan, adik Alisa telah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.
Kisah adik Alisa ini mula mendapat perhatian apabila bapanya iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya itu gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan daripada rawatan kimoterapi.
Sumber: IG Elly Mazlein