Ayah diibaratkan seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Walaupun mereka tegas namun, jauh dari sudut hati mereka juga beremosi dan mudah tersentuh dengan apa saja yang dilakukan oleh anak-anak.
Sebuah video yang dikongsikan pengguna Twitter iaitu Muimisa sangat tersentuh ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayahnya. Difahamkan, pada awalnya adik-beradik ini ingin ‘prank’ terlupa birthday ayah mereka tapi lain pula yang terjadi.
Tak sangka ayah menangis
Lebih meruntun hati, apabila air mata seorang ayah akhirnya gugur. Ayah yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan suka berjenaka itu tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada anak-anaknya. Sambil memotong kek, dia mengadu sebak apabila tiada seorang anak yang mengingati tarikh ulang tahun kelahirannya itu.
Buat prank birthday abah
Tiba2 aku teringat time birthday bapak aku. Kitorang adik beradik buat prank buat2 lupa beday dia. Then kitorang suprisekan dia dengan kek birthday. Then tiba2 menagalir air mata yg tak ternilai harganya dari seorang ayah.
Please hargai dorang gais. pic.twitter.com/rwqSXqLDKR
— Theamirisa ?? (@muimisa) October 27, 2020
Video berdurasi 1:15 minit merakamkan keriangan mereka sekeluarga ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayah. Situasi ini turut mengundang rasa sebak dalam kelangan netizen yang menonton video tersebut.
Netizen kongsikan kenangan
Sementara itu, netizen juga berkongsikan pengalaman dan kerinduan menyambut birthday ibu bapa mereka. Tidak dinafikan, rata-rata di antara mereka juga mengalirkan air mata setelah menonton video yang dikongsikan ini.
Sumber: Muimisa