berita

‘Adik Jadi Tangga, Abang Panjat Belakang Nak Minum Air Paip….’

September 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Hafiz Fizzainal

Kisah mengenai dua beradik yang hanya minum air paip dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hafiz Fizzainal mengundang sebak orang ramai.

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

‘Dua beradik minum air paip’

Foto: Hafiz Fizzainal

Menerusi perkongsian lelaki tersebut, pada mulanya dia ternampak kelibat dua beradik ini yang sedang minum air paip. Apabila diamati, salah seorang daripada dua beradik ini terpaksa dijadikan ‘tangga’ untuk mencapai paip air yang tinggi.

Nak kongsi cerita menyentuh hati chef hari ini, saya ternampak dua beradik tengah minum air paip, abang panjat belakang adik buka paip air sambil minum air paip.

Prihatin melihat situasi tersebut, lelaki ini bertindak memberikan makanan dan minuman buat dua beradik ini bagi mengalas perut mereka.

Hati chef rase nak menangis tengok adik-adik tu. Kejadian berlaku betul-betul berhadapan tempat niaga saya.

Saya panggil dua-beradik tanya nak makan burger tak, dengan senyum manis beritahu nak. Tanya nak minum air apa, abang nak minum air milo adik pula nak air sirap je. Alhamdullilah seronok bila kita berkongsi rezeki bersama. Saya doakan semoga adik-adik ni sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Sayu hati tengok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar dua beradik ini terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Hafiz Fizzainal via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

SKIP THIS AD ×