berita

Adik Sahkan Neelofa Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

July 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

neelofa

Korang perasan tak sejak akhir-akhir ni pengacara popular ini seringkali mengenakan hijab di beberapa acara tertentu?

Haa, kami dengar, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, kini sudahpun berhijab penuh sempena Ramadhan kali ini. Syukur Alhamdulillah.

Ini bukan cerita bohong ataupun sengaja nak bagi promosi tudung Neelofa tau! Perkara ini telah disahkan sendiri oleh adiknya, Ameera sekitar petang semalam.

Neelofa

Neelofa

Menerusi laman Instagram Ameera, dia mengesahkan bahawa Neelofa kini sudah berhijrah dan turut melahirkan rasa syukur diatas perubahan kakaknya itu.

Malah, menurut laporan Berita Harian, Shawn Amer selaku pengurus Lofa turut mengesahkan perubahan aktres yang popular dengan rancangan Meletop ini.

Kata Shawn, perubahan Lofa dilihat sejak tiga bulan lalu apabila dia seringkali berhijab ketika menghadiri acara tertentu.

Memang sejak tiga bulan lalu Lofa mula dilihat mengenakan tudung terutama ketika menghadiri acara bersesuaian. Bagaimanapun tidak pula beliau melahirkan hasratnya itu pada saya.

Apapun, saya sangat gembira dengan keputusan yang diambilnya. Saya juga tidak lihat perkara itu memberikan masalah kepadanya dalam meneruskan kerjaya seni selepas ini, seperti pengacaraan dan sebagai duta produk.

Dek kerana berita baik ini, kami lihat ramai peminat Lofa yang turut gembira dengan perubahan positifnya dan mendoakan gadis ini sentiasa Istiqomah.

Apapun, kami di OHBULAN! sentiasa mendoakan yang terbaik buat Lofa dan semoga hijrahnya kali ini akan membuka lebih banyak pintu rezeki.

SKIP THIS AD ×