berita

‘Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang. Sudah-Sudah, Yang Salah Saya’ – Datuk Red

March 28th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Datuk Red akhirnya membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu panas yang membabitkan kedua-dua isterinya, Adira Suhaimi dan Datin Red.

Artikel Berkaitan: Adira Menangis Tengok Video Datuk Red Ditemu Bual Media?

Artikel Berkaitan: ‘Pinjam Duit Orang Kau Mention, Pinjam Duit Aku Tak Pula Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong’ – Datin Red

Penjelasan Datuk Red

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Datuk Red akui apa yang terjadi dalam rumah tangganya berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri.

Sebelum ni saya tak suka tengok orang cerita hal peribadi, rumah tangga di media sosial. Saya memang tak berkenan, sebab itu cerita aib. Tapi Allah SWT menguji kita. Tapi ianya terjadi pada saya. Saya tak boleh nak salahkan mereka berdua, punca daripada saya.

Tambah Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, tujuannya menceritakan situasi dirinya yang berdepan dengan masalah kewangan bukan bertujuan untuk meraih simpati ramai sebaliknya dia mahu mencari pekerjaan untuk memberi nafkah kepada keluarganya.

Ni cerita pasal rumah tangga. Orang kenal saya punca saya berkahwin dengan Adira. Tempias saya tu kemudian terkena kepada isteri pertama saya, Datin Red. Kalau tak sebelum ni, kami berdua tak ada siapa pun nak ambil tahu. Bila jadi benda ni, saya fikir balik saya tak boleh nak salahkan mereka berdua. Sebenarnya salah saya.

Masa temu bual tu saya cakap, saya cuma nak bercerita pasal diri saya. Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari rezeki.

Bercerita dengan lebih lanjut, Datuk Red berkata sesi temu bual itu hanya berlangsung selama beberapa minit sahaja dan dia tidak berkesempatan untuk menceritakan semua perkara yang berlaku sepanjang lima tahun itu.

Masa soalan tu, kebetulan pasal berbuka. Saya cerita pasal anak nak berbuka. Cuma terkhilaf saya, saya punca segala-galanya sebab tak sebut nama isteri pertama saya tu.

Memang betul dia ada tolong saya, dia pun dapat duit tanah dijual. Dua-dua banyak tolong, saya tak boleh nak senaraikan semua. Bagi isteri pertama, saya minta maaf kerana tak sebut nama dia semalam.

Benda apa yang saya cakap semalam pun saya tak tulis dalam skrip. Soalan tu pun secara spontan. Tapi saya rasa saya ada sebut tapi biasalah wartawan. Tak akan wartawan nak keluarkan semua. Saya harap lepas ni tak ada isu. Adira tak kacau orang, you pun jangan kacau orang. Sudah-sudah, yang salah saya.

Sementara itu, Datuk Red berharap agar tidak akan ada isu berbangkit mengenai perkara itu lagi. Sekiranya tidak berpuas hati atau mahu meluahkan apa-apa, Datuk Red meminta Datin Red menghubunginya secara peribadi dan bukannya dengan berkongsi di media sosial.

Sumber: TikTok Datuk Red

SKIP THIS AD ×