berita

Admin Nak Bagi Baucar Makan RM50 PERCUMA Sempena Pembukaan Ke-100 Cawangan The Chicken Rice Shop

July 31st, 2019 | by Epul
Kini Trending

Sejak membuka cawangan pertama di Taipan USJ pada Jun 2000, The Chicken Rice Shop (TCRS) sentiasa meniti dibibir masyarakat bila mereka rindukan nasi ayam. Mana taknya, bila setiap pinggan disediakan secara tradisional; dikukus, panggang, tambah pula nasi yang dimasak  sempurna menggunakan reseipi turun temurun, tak hairanlah pelanggan asyik keluar masuk!

Sehingga hari ini, TCRS makin berkembang dengan sokongan penggemarnya malah berjaya membuka 104 cawangan di seluruh Malaysia. Bagi meraikan kejayaan TCRS, baru-baru ini khabarnya mereka mengadakan acara bagi meraikan pembukaan cawangan ke-100!

Ganjaran untuk pelanggan

Untuk pengetahuan korang, TCRS mengadakan ‘Jom Sama-Sama Makan 100 Outlets Celebration’ bersempena meraikan pembukaan cawangan ke-100 TCRS yang dilancarkan pada 23 Mac lalu di Central I-City Mall, Shah Alam.

Kata Ketua Pemasaran Kumpulan TCRS, June Song, sambutan ini diadakan bagi menghargai pelanggannya yang tak putus-putus memberi sokongan dan sentiasa menjadikan TCRS lokasi menjamu nasi ayam bersama keluarga dan yang tersayang.

“Kami gembira dapat berkongsi sambutan bermakna ini bersama pelanggan yang sudah menyokong kami sejak 19 tahun dulu. Pelanggan yang hadir juga dilihat seronok menikmati tawaran hebat sepanjang promosi TCRS 100 Outlets dan kami teruja dengan respon positif yang diterima,” katanya.

Sertai peraduan TCRS anjuran OHBULAN!, menang baucar makan RM50

Bagi menghargai pelanggan TCRS dan pembaca OHBULAN!, admin turut mahu berkongsi rezeki supaya korang juga dapat menikmati hidangan enak di TCRS secara PERCUMA! Apa yang korang perlu buat hanyalah…

  1. Share artikel ni dekat akaun Facebook korang berserta hashtag #TCRSxOHBULAN
  2. Screenshot bukti yang mana korang dah share artikel ni dekat akaun Facebook korang
  3. Pergi Facebook OHBULAN!, cari posting artikel ni atau klik SINI dan letak gambar screenshot tu berserta slogan lengkap “Saya nak belanja (tag 3 orang rakan) dekat The Chicken Rice Shop sebab…”

Admin akan pilih 5 pemenang bertuah secara random berserta slogan yang kreatif. Nantikan DM dari admin sendiri nanti okay.

Cepat komen dan tag 3 kawan korang dekat Facebook OHBULAN! sebelum admin pilih pemenang pada 7 Ogos 2019 ini. Good luck!

Layari laman web The Chicken Rice Shop dan follow akaun Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×