berita

Admin Rasa Macam Kat Jepun Bila Cuba Menu Baru Restoran Iketeru Hilton KL Ni, Cubalah!

March 4th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Kita ni nama je duduk Malaysia. Tapi, ramai di antara kita suka makan makanan Jepun. Sushi, Udon, Soba, Miso dan banyak lagi makanan Jepun selalu menjadi pilihan bila waktu lunch. Sekali-sekala tekak nak rasa sesuatu yang lain dari yang lain kan?

Kalau korang teringin nak cuba makanan Jepun, jom ke restoran Jepun Iketeru di Hilton Kuala Lumpur. Dengar kata, diorang ada menu baru istimewa yang terhad sepanjang bulan Mac ni? Jom kita tengok menu apa yang ada…

Nikmati hidangan musim bunga istimewa yang memikat selera

Sepanjang bulan Mac ini, jom cuba 6-hidangan set makan malam Omakase, boleh dipilih daripada beberapa pilihan yang ada mengikut selera antaranya Kagami, Suzu atau Kaori. Cadangan admin, setiap hari korang cuba satu pilihan. Jadi, dapat rasa semua!

Selain itu, terdapat juga juadah bermusim Ala Carte berharga bermula dari RM32 dan set bento Hanami yang merangkumi pembuka selera, ikan, bento, pilihan sushi dan sup panas berserta pencuci mulut. Untuk set bento Hanami, ia berharga RM388. Bahan yang digunakan fresh-fresh tau!

Promosi hidangan Jepun di restoran Iketeru Hilton Kuala Lumpur ini terhad dari 1 Mac hingga 31 Mac saja. Ia boleh didapati dari pukul 12 hingga 2 petang untuk waktu makan tengahari dan 7 hingga 10:30 malam untuk waktu makan malam.

Untuk lebih info dan membuat tempahan, sila call +60 3 2264 2264 atau emel ke [email protected]. Selamat menjamu selera!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×