berita

Aeril & Wawa Tak Hirau Kontroversi Lama, Cadang Tambah Anak Lagi

June 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_6696

Kalau anda masih ingat, pasangan sama cantik, sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah dilanda kontroversi sekitar tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Selepas kisah panas itu, pasangan ini seakan-akan jarang dilihat, mungkin sibuk menjaga anak sulung mereka. Maklumlah, Ahmad Fakharuddin Attar kan masih kecil lagi.

Namun, semalam, kami berkesempatan menemui pasangan ini ketika menghadiri Sambutan Ulang Tahun TV3 yang ke-30. Bertambah manis si ibu muda ini.

IMG_6709

Kami pun apa lagi, terus kami tanya pada Wawa dan Aeril mengenai perkembangan terbaru mereka dan kehidupan mereka setelah kontroversi tersebut semakin surut.

Menurut Aeril, dia dan Wawa selesa dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu menoleh lagi pada kisah silam yang pernah menjadi sejarah dalam hidup mereka.

Bagi saya, benda yang lama saya jarang ingat kembali, cuma saya takkan toleh kebelakang lagi. Saya rasa masing-masing ada sejarah silam dan kami pula dalam proses perubahan.

Kadang-kadang ada setengah orang tidak memahami, jadi kita tak boleh la nak paksa dia faham kita. Kami cuba buat yang terbaik.

Kalau dah tanya encik suami, pasti kena tanya isteri pula kan? Bagi Wawa pula, dia mengakui kehidupannya lebih seronok sejak mendirikan rumahtangga dan melayan kerenah anak.

So far tak ada sedih atau terkenang. Saya bahagia dengan kehidupan saya disamping suami dan anak yang menjadi penyeri kepada kehidupan saya. Saya dah tak kisah dah. Anak kami adalah penguat kami.

Baguslah begitu. Perkara yang lepas jangan dikenang, jadikan pengajaran supaya tidak tersasar. Tak gitu? Kami tengok Aeril dan Wawa ni makin sweet pula.

IMG_6724

Dalam pada itu, dengan nada berseloroh, Aeril ada menyatakan hasrat ingin menambah cahaya mata lagi tahun hadapan.

Mungkin tahun depan nak tambah lagi. perempuan ni senang je nak bagi dia duduk rumah, kita bagi dia anak je.

Hah! kalau dah rezeki dapat anak lagi apa salahnya. Anak-anak kan pengikat kasih rumahtangga. Ewah, macm doktor cinta pula! Hehe

Kalau nak tahu, drama terbaru lakonan Aeril dan Wawa sudahpun keudara di TV3 yang berjudul Cerita Cinta Kita. Dengar cerita, pasangan ini juga bakal keluar dengan program raya tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan ya!

Kredit Foto: Faisol Mustafa

SKIP THIS AD ×