Baru-baru ini, percutian mewah pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Dapat Layanan Istimewa Dari Salt Bae, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Makan Stik Harga RM10,000
Biasa ja harga
Ketika ditemui OhBulan!, Aeril menyatakan harga makanan yang berjumlah lebih RM10,000 itu sebenarnya tidak mahal seperti yang diperkatakan.
Kata aktor berumur 32 tahun, stik yang dihidang itu berbaloi dibayar kerana rasanya yang sedap selain momen ketika itu yang sangat berharga.
Sebenarnya harga dia biasa saja. Tapi sebab kita tukar currency (mata wang), itu yang nampak mahal. Ada hidden charge (cas tersembunyi).. dia tabur garam dan potong daging dah RM1000.
Untuk momen itu bukan senang kot sebab Salt Bae kira top in the world. Rugi juga kalau tak rasa. Pengalaman tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Restoran Salt Bae satu dunia ada, jadi kalau saya pergi Turki, memang akan pergi lagi. Memang sedap, tak pernah makan stik sesedap itu.
Bila kita pergi bercuti, sebenarnya kalau berkira sangat baik tak payah pergi. Saya pun bukan guna duit sendiri, kongsi dengan kawan-kawan.
Aeril berkata demikian ketika tayangan filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! yang diadakan di TGV One Utama, pada Rabu.
Selain Aeril, filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Ruhainies, Aishah Ilyas, Neera Azizi dan ramai lagi.
Filem arahan Arjin Uppal terbitan Real Reel Pictures Sdn Bhd mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.
Rancang last minute
Ditanya berapa anggaran kos keseluruhan percutian mereka, pemilik nama Suhairil Sunari memilih untuk kunci mulut.
Tak boleh la cerita (berapa habis), nanti viral penat saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Fatamorgana turut menjawab apabila rata-rata netizen menyifatkan percutian mereka sebagai ‘kayangan.’ Katanya, tidak salah untuk berbelanja besar kepada isteri memandangkan dia sudah menyimpan wang berkenaan sejak pandemik lagi.
Kami bukan mewah beli barang tapi sebab last minute. Itu yang banyak habis duit. Contoh dekat Switzerland kos tempat tinggal dan pengangkutan dah RM40,000.
Kami terkejut juga pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan saja dah RM5000.
Untuk makan tengah hari saja bagi tujuh orang jumlahnya dalam RM1000. Itu pengalaman pertama kami jadi banyak yang dipelajari. Selepas ini kalau nak pergi Switzerland bawa Brahim ja (seloroh).
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Sumber: Instagram @aeril_zafrel