Pelakon Aeril Zafrel mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular, Salt Bae di London, England.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Sebak Dapat Kejutan Lamborghini Dari Wawa Zainal – ‘Hadiah Ini Tak Seberapa Dibandingkan Dengan Segala Pengorbanan’
Jumlah bil kayangan
View this post on Instagram
Dalam rakaman video di Instagram (IG), Aeril memaparkan dia mendapat layanan istimewa daripada Salt Bae apabila dia sendiri yang menabur garam di atas hidangan daging stik yang dipesan.
Selain itu, apa yang mengejutkan ramai orang adalah jumlah bil yang dibayar mencecah lebih RM10,000.
Aktor berumur 32 itu juga menulis kapsyen ,’Selepas ini, kalau nak makan, tengok harga dulu.’
Percutian ke London turut ditemani isteri tercinta Wawa Zainal, pasangan selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid serta dua rakan lain.
Setahun makanan aku
Di ruangan komen, rata-rata peminat pemilik nama Suhairil Sunari meninggalkan pelbagai reaksi.
Ada segelintir yang berseloroh menyamakan bayaran itu dengan jumlah pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang hantaran perkahwinan.
Bagaimanapun, ada juga yang merasakan perlaburan itu berbaloi buat insan tersayang.
Sebelum ini, Aeril dan Wawa pernah dikecam selepas menayang hadiah kereta mewah sempena sambutan hari jadi.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Sumber: Instagram @aeril_zafrel