berita

AF2014 : Firman Nak Derma Wang Kemenangan Untuk Gaza

November 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Akademi-Fantasia-2014-4-630x418

Kalau korang tengok konsert akhir Akademi Fantasia malam tadi, pasti terpukau dengan persembahan Firman. Mana taknya, selepas dia mendendangkan lagu Kejoraku Bersatu, kami macam dah tak nampak persembahan pelajar lain.

Maka, selayaknyalah Firman dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Toyota Vios dan tajaan pakej percutian.

Artikel Berkaitan : Juara #AF2014 Milik Firman!

Korang pasti tertanya-tanya apa yang Firman nak buat dengan wang tunai tersebut kan? Selain berhasrat untuk membawa ibu dan ayahnya menunaikan umrah, Firman ada hajat lain tau!

Nak tahu apa yg #FirmanAF2014 nak buat dengan wang tunai tu? Tengok niii #AF2014

A video posted by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

Tambah Firman lagi, dek kerana dia pernah melalui hidup yang susah, dia terpanggil untuk menderma kepada tabung Gaza bagi membantu penduduk negara itu.

Saya pernah lalui kepayahan dan kesusahan itu. Jadi, saya sedar bagaimana sukar pun hidup saya, ada lagi yang lebih susah dari saya.

Haaa, murni sungguh hati Firman ni kan? Kami tumpang berbangga kerana ada anak muda seperti Firman. Harapan kami semoga Firman berjaya dan terus sukses ya! Buat peminat setia Firman, nah kami sediakan lagu gubahan Firman sendiri, eksklusif untuk anda. Selamat menonton!

EKSKLUSIF!! Buat pertama kali #FirmanAF2014 nyanyi lagu A video posted by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

SKIP THIS AD ×