berita

#AF2014 : Top 3 Pelajar Yang Dijangkakan Menyerlah Di Konsert Ke-6

October 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

10703861_760951547310638_4076588357649159837_n

Pantasnya masa berlalu. Macam baru je lagi kami menyaksikan konsert pertama Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung setiap Ahad.

Hari demi hari, minggu demi minggu pelajar diuji dengan pelbagai genre lagu. Ada yang persembahan mantap, ada juga yang persembahan kelaut.

Artikel Berkaitan : Senarai Top 3 Tak Layak Berada Dalam #AF2014. Setuju?

Tapi, hari ni Mira tak nak sentuh sikit mengenai tema untuk konsert ke-6 ni. Dengar cerita vokal pelajar-pelajar akan diuji dnegan lagu bertemakan Rock. Wow!

AF2014

Rasa-rasa siapa yang bakal menyerlah malam itu nanti? Kalau tanya pendapat peribadi Mira, sebagai seorang pengikut setia rancangan realiti ini, ada 3 nama yang Mira rasakan bakal memberikan persembahan yang hebat.

Antaranya ialah Firman, Ewal dan Nuha. Nak tahu kenapa Mira pilih tiga nama ini? Jom baca lagi. Hehe.

Yang pertama, Firman. Cuba korang perhatikan perjalanan Firman dalam akademi dan persembahannya setiap konsert. Boleh dikatakan Firman adalah antara pelajar yang paling menunjukkan peningkatan.

Masih ingat dengan persembahan Firman minggu lepas? Ala yang menyanyikan lagu ‘Meniti Titian Usang’ tu. Terbaik kan? Minggu ini Firman diuji pula dengan lagu Kerja Gila dari Amy Search.

Haaa, dah dapat banyangkan suara Firman yang serak-serak basah membawakan lagu tu. Walaupun rock, tetap merdu gitew!

Screen Shot 2014-10-09 at 2.33.13 PM

Yang kedua, Ewal. Kalau korang nak tahu, Ewal ni anak kepada rockers terkemuka tanah air tau! Alaaa, anak Mel yang bekas kumpulan Wings tu.

Kalau dah nama pun anak rockers sejati, dah tentulah bakat dan darah rockers tu ada dalam diri kan. Kalau tak banyak, sikit pun mesti ada. Hehe.

Diuji dengan lagu popular kumpulan Search, Fantasia Bulan Madu, kami yakin Ewal akan menggegarkan pentas AF Ahad nanti.

10624972_761814757224317_2789866294298170229_n

Yang terakhir ialah Nuha. Nak tau kenapa kami pilih gadis berkaca mata ni? Sebab vokalnya yang besar dan tone suaranya yang sedap.

Nuha kot! Boleh dikatakan setiap minggu mendapat pujian dari para juri terutamanya Ramli MS. jadi, pasti Nuha takkan berikan persembahan yang mengecewakan.

Minggu ini, Nuha dapat lagu What’s Up nyanyian 4 Non Blondes. Lagu yang sangat catchy sesuai dengan personaliti Nuha yang selamba.

Jadi, apa kata korang? Siapa agaknya yang bakal menyerlah nanti? Jom share dengan Mira. Mana tau, jangkaan anda tepat! Apapun, jangan lupa saksikan AF2014 Ahad ni okay!

SKIP THIS AD ×