Sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan Turkiye, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, menghadiahkan jambangan bunga kepada kakitangan Pusat Bahasa dan Budaya Kedutaan Turkiye di Malaysia, pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa

Tanda terima kasih

Tindakan itu dilakukan sebagai tanda terima kasih rakyat Malaysia terhadap keprihatinan dan peranan besar kerajaan Turkiye yang membantu urusan kepulangan sukarelawan Malaysia dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi rakaman video dikongsikan di TikTok Astro Awani, pemberian bunga berkenaan dipercayai diusahakan melalui inisiatif Yayasan Afdlin Shauki, sebuah organisasi yang sering terlibat dalam program kebajikan.

Dalam hantaran sama, Afdlin turut dilihat membuat panggilan video bersama seorang individu dipercayai wakil Kedutaan Turkiye di Malaysia, bagi menyampaikan ucapan penghargaan secara peribadi.

Kami datang untuk mengucapkan terima kasih. Kami ingin menunjukkan rasa syukur sebagai rakyat Malaysia kerana kerajaan Turkiye telah membantu memudahkan urusan kepulangan sukarelawan kami ke tanah air.

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, tetapi kami amat menghargai persahabatan ini.

Tindakan itu mendapat pujian ramai yang melihat sebagai simbol hubungan erat antara Malaysia dan Turkiye.

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam Sabtu waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

Sumber: TikTok