berita

Affan Aizat Cipta OST Drama “Bintang Hati Umi”, Lakonan Wan Nor Azlin

January 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Bakal menemui penonton pada 23 Januari ini di TV9, drama terbaru berjudul “Bintang Hati Umi” lakonan Wan Nor Azlin dan ramai lagi pelakon yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu untuk anak-anaknya. Kami yakin drama ini bakal menjadi bualan makcik-makcik di rumah nanti.

Namun bukan itu yang mahu kami sampaikan. Anda masih ingat Affan Aizat? Dia pernah menggubah lagu asal nyanyian Alyah berjudul “Kisah Hati” untuk versi instrumental dan banyak lagi lagu-lagu popular yang lain.

Kali ini, diberi kepercayaan sepenuhnya oleh ZKC Production, Affan Aizat bersama Zaini Kosnin telah mencipta dan menyanyikan sebuah lagu berjudul “Bagaikan Langit Memeluk Bintang”. Apa kata anda cuba dengar dan berikan pendapat, ok?

Untuk pengetahuan, drama ini akan turut dibarisi oleh Talha Harith, Amyza Aznan, Adiba Yunus dan ramai lagi. Ia akan disiarkan pada jam 8.30 malam di TV9.

SKIP THIS AD ×