berita

Afgan Lancar Album, Pesan Cinta Jadi Single Pertama

April 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

AfganBakal mencecah umur 24 tahun, penyanyi Indonesia yang terus mencipta nama ini sudah pun melancarkan albumnya yang ketiga. Mempertaruhkan lagu berjudul ‘Pesan Cinta’ sebagai single pertama, Afgan kembali ke Malaysia dan semalam bertempat di The Venue, Pavilion, penyanyi ini telah melancarkan album terbarunya, “Live To Love, Love To Live”.

Membariskan 10 buah lagu, Afgan memuatkan elemen-elemen yang lebih bertenaga, comel, simple dan juga fun pop song didalam lagunya. Ketika ditemui semalam, penyanyi ini turut menjelaskan bahawa ‘Pesan Cinta’ adalah berdasarkan kisah hidupnya.

“Ini lagu tentang seorang lelaki yang merasakan dirinya tertarik pada seorang wanita. Lagu ini memang berdasarkan kisah hidup saya ketika zaman sekolah lagi. Sebab itu saya jadikan single pertama,” ujar Afgan.

Ditanya bagaimanakah sambutan peminat terhadapnya buat masa ini, Afgan memberitahu bahawa peminatnya berada di merata dunia.

“Di Indonesia memang ada peminat, di Jerman, Belanda, dan juga Singapura. Saya jumpa peminat ini semua di Twitter. Jika dilihat melalui Twitter, saya mempunyai lebih kurang 40 ribu orang peminat,” tambah Afgan lagi.

Untuk pengetahuan, album ini merupakan album pertama Afgan dibawah naungan Suria Records Sdn Bhd di Malaysia. Antara lagu-lagu didalam album tersebut selain ‘Pesan Cinta’ ialah ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Without You’, ‘Demi Kamu Dan Aku’, ‘Untukmu Aku Bertahan’, ‘Katakan Tidak’, ‘Cinta Tanpa Syarat’, ‘Jauh’ dan ‘Tanpa Bahasa’.

Mari tonton muzik video ‘Pesan Cinta’ selepas ini!

SKIP THIS AD ×