Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan tampil membuka mulut selepas video muzik, Escape bersama penyanyi rap asal Korea Selatan, Jessi menjadi bualan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat September Ini, Pembeli Tiket Awal Dapat Harga Istimewa
Artikel Berkaitan: Peminat Tak Selesa Tengok Afgan Peluk, Cium Anjing – ‘Matlamat Tak Menghalalkan Cara’
Nak sampaikan mesej
Menurut Afgan, 35, dia enggan melayan komen-komen negatif yang kurang senang dengan aksinya merangkul tubuh Jessi.
Kata pemilik nama Afgansyah Reza, dia ingin menggambarkan perasaan dua sahabat baik yang menghabiskan masa dengan pergi bercuti bersama.
Aksi lebih kepada menyampaikan energi yang terdapat dalam lagu yang berkonsepkan ‘fun pop’. Jadi, masa penggambaran video muzik dibuat dalam situasi menyeronokkan dan secara ‘candid’.
Kami paparkan bagaimana dua sahabat baik menghabiskan masa dengan pergi bercuti dan mengembara.
Justeru, tak perlulah untuk saya ambil peduli komen negatif. Ini kerana niat saya untuk sampaikan mesej yang terus terkandung dalam lagu.
Bercerita mengenai detik perkenalan, pelantun lagu Panah Asmara berkata dia menghubungi Jessi menerusi Instagram (IG).
Selesai menulis lagu, saya terfikir dengan siapa saya patut berduet. Kemudian saya teringatkan Jessi.
Saya meluahkan hasrat berduet dan menghantar melodi lagu menerusi mesej di IG. Selepas beberapa minggu kemudian dia membalasnya bersama rakaman vokal.
Afgan berkata demikian ketika sidang media Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur, di Aloft Kuala Lumpur Sentral, pada petang Isnin.
Turut hadir bersama adalah, Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music (KM), Ahmad Jeffny dan Yuka Kharisma serta Datuk Seri Alha Alfa.
Penyanyi jemputan masih rahsia
Sementara itu, Ahmad Jeffny menyatakan ini adalah pertama kali Kharisma Music menggandingkan dua penyanyi top Indonesia atas satu pentas.
KM sentiasa ke depan dalam menyajikan hiburan secara live dalam bentuk fizikal buat peminat muzik di Malaysia dan apabila melihat keserasian Afgan dan Lyodra berduet dalam Ada membuat kami teruja untuk menggandingkan mereka berdua dalam sebuah konsert buat pertama kalinya di Malaysia.
Tambahnya, penonton bakal disajikan dengan hiburan berdurasi selama 2 jam 30 minit yang akan dipersembahkan bersama iringan 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia dan menariknya, Afgan dan Lyodra sendiri yang akan merencanakan koordinasi muziknya.
Penonton konsert berpeluang menikmati susunan muzik yang digubah khas oleh mereka berdua yang belum pernah pernah didengarkan di mana-mana acara sebelum ini.
Identiti penyanyi jemputan masih lagi dirahsiakan dan akan diumumkan kelak dan pastinya ada kejutan bagi penonton.
Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 28 September depan, jam 8 malam di Mega Star Arena.