Sebelum ini, pelakon Afifah Nasir memberitahu hasratnya untuk membawa Judika datang ke majlis perkahwinannya tidak kesampaian disebabkan penyanyi tersebut mempunyai urusan lain.
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Sah Jadi Isteri Syed Hariz Dengan Sekali Lafaz
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Tak Sangka Jodoh Dengan Abang Kawan Baik – ‘Kami Berjumpa Di Konsert’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk
Dapat tiket konsert Judika
Terbaru, Afifah berkongsi berita gembira apabila pihak pengurusan artis kelahiran Indonesia itu menghantar direct message kepadanya di Instagram. Ujar Afifah, dia dan suami berpeluang menonton konsert Judika di Singapura pada 8 Jun nanti.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan juga, pihak SAH Entertainment memberi tiket konsert tersebut kepada Afifah sebagai hadiah perkahwinan.
Terdahulu, Afifah memberitahu segala persiapan untuk majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. Tambahnya, semua impiannya tercapai kecuali mahu membawa pelantun suara ‘Mama Papa Larang’ itu datang ke majlisnya tidak kesampaian.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lalu.
Sumber: Afifah Nasir