berita

Afiq Muiz Gagal Beri Nafkah Sejak 2021, Pachara Apin Tuntut Fasakh

March 29th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, iaitu Pachara Apin, 32 mengesahkan permohonan tuntutan cerai secara fasakh yang dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, berpunca kerana suaminya itu gagal memberi nafkah sejak tahun 2021.

Artikel Berkaitan: Teruskan Sembahyang, Jangan Lupa Selfie Dengan Sejadah – Isteri Afiq Muiz

Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Isu Buah Epal, Pachara Apin Dakwa Dikasari Afiq Muiz – ‘;Dia Marah, Tampar, Tolak Ke Dinding & Cekik Saya’

Prosiding di mahkamah

Memetik laporan Berita Harian, peguam syarie, Suriati Ab Ghani yang mewakili Pachara ketika prosiding kes memaklumkan anak guamnya selaku plaintif telah pun memfailkan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.

Difahamkan, Afiq Muiz, 31 tidak berikan nafkah yang sepatutnya antara 2021 hingga Oktober 2022. Bukan itu sahaja, Suriati turut memaklumkan kepada mahkamah Afiq selaku defendan tidak pernah memberikan maklum balas terhadap permohonan berkenaan meskipun penyampaian melalui iklan telah dibuat.

Bagaimanapun, suaminya (Afiq) tidak pernah hadir dan gagal dikesan sehingga anak guam terpaksa membuat permohonan cerai secara tuntutan fasakh pada Oktober 2022.

Susulan daripada itu, mahkamah menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya bagi Pachara tampil memberi keterangan.

Terdahulu, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya telah hadir berseorangan ke mahkahmah Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi untuk memfailkan tuntutan fasakh.

Video

@ohbulanofficial

Tebal lah file mahkamah jabatan netizen tahun ni. Macam-macam kes. Musim kot. #ohbulan #SembangEntertainment #isteri #afiqmuiz #tuntut #file #tuntutan #fasakh

? Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×