berita

‘Teruskan Sembahyang, Jangan Lupa Selfie Dengan Sejadah’ – Isteri Afiq Muiz

December 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kontroversi rumah tangga yang melibatkan aktor Afiq Muiz dan isteri, Pachara Apin masih belum menemui jalan penyelesaian.

Artikel Berkaitan: Bengang Afiq Muiz Dituduh Kaki Pukul, Aishah Azman ‘Spill Tea’ Perangai Kakak Ipar – ‘Curang Dengan Suami, Minum Arak, Pergi Club’

Artikel Berkaitan: Isteri Dakwa Dipukul Sampai Patah Kaki & Jari, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

Artikel Berkaitan: ‘Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung’ – Aishah Azman Dakwa Alergik Ubat, Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata Lebam

Sanggup sebelah sang dayus?

Baru-baru ini, Pachara ada memuat naik hantaran meluahkan kekecewaan atas nasib yang menimpa dirinya di Instagram Stories.

Menerusi hantaran tersebut, Pachara, 31, menyatakan ibunya adalah individu yang bertanggungjawab menelefon pihak polis ketika kejadian itu berlaku.

Selain itu, Pachara terkilan apabila dakwanya tidak ada pihak keluarga yang menyebelahi dirinya biarpun telah menjadi mangsa kaki pukul.

Jawab dengan Tuhan

Di posting berbeza, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, menegaskan kepada individu terlibat untuk menjawab perbuatan terkutuk itu dengan Yang Maha Pencipta.

Pacha juga dilihat seakan memerli tindakan seseorang yang swafoto di atas sejadah.

Sebelum ini, di Instagram Stories, Aishah mendakwa mendakwa kakak iparnya sengaja menabur fitnah dan memutar belit cerita menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Dakwanya, Afiq sama sekali tidak memukul sebaliknya Pachara yang mencederakan diri sendiri.

Susulan timbul dakwaan itu, Afiq tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil.

Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Sumber: Instagram @patch_pmt

SKIP THIS AD ×