Tahun lalu, mereka berdua boleh dikatakan pasangan paling ‘berani mati’ apabila Afiq Muiz sanggup membelakangi ibunya demi mempertahankan kekasih hati, Eina Azman.
Menerima kritikan hebat daripada orang ramai, cinta tanpa restu itu akhirnya putus di tengah jalan dan Afiq kini sudah kembali taat kepada ibunya, Hasliza Mohd.
Artikel Berkaitan:
- Afiq Muiz Yang Pernah Digelar Anak Derhaka Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Namun, terkesima juga tatkala terlihat headline gosip di Harian Metro semalam apabila Afiq dan ibunya dikatakan mahu melempang Eina jika mereka terjumpa. Dahsyat!
Agaknya apa respon Eina kalau kena lempang tiba-tiba?
Menurut penulis ruangan gosip itu lagi, dia juga ada terdengar bahawa Afiq tidak mahu hadir ke acara hiburan jika Eina berada di majlis yang sama.
Agaknya adalah yang tidak selesai antara mereka berdua ya? Al-maklumlah, masa bercinta, semuanya nampak cantik, bila dah putus, barulah nampak ‘wajah sebenar’ pilihan kita kan?
Dalam pada itu, Afiq juga dilihat semakin rapat dengan ibunya sehinggakan jadual penggambaran juga haruslah tidak terlalu lewat malam kerana si ibu sudah menyediakan makan malam bersama. Sweetnya.
P/S: Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tiada cinta yang lebih bermakna daripada cinta si ibu!
Kredit Foto: Instagram Afiq Muiz