Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan ramai individu yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa oleh pihak kerajaan dalam membendung pandemik Covid-19. Bagaimanapun, kehadiran Non-Governmental Organization (NGO) dan individu-individu prihatin yang cakna tampil memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa
Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…
Artikel Berkaitan:‘Nak Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’
Namun, seperti perkongsian video seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hakimy Looi meraih perhatian ramai susulan penerima bantuan yang bersikap ‘keterlaluan’ dalam mengambil bantuan yang diberikan.
‘Jangan pentingkan diri’
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) video berdurasi satu minit itu, memaparkan tiga individu yang mengambil barangan ‘asas’ diletakkan di satu ruang yang boleh diambil secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, ketiga-tiga individu tersebut dilihat mengambil barangan yang ada secara berlebihan, sehinggakan stok yang berada di rak itu sudah habis.
Ujar pemilik video itu, tidak salah untuk mereka mengambil bantuan yang ada, tetapi perlu berpada-pada dan tidak mementingkan diri sendiri. Ujarnya lagi, kemudahan yang disediakan boleh diambil sekadar untuk memenuhi keperluan bukannya diambil secara berlebihan dan akan memberi kesan kepada individu-individu lain.
Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ni. Jangan kerana hampa macam ini kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana sini. Risikokan diri kami untuk membantu, jadi kecewa dan nak marah sangat.
Jangan pentingkan diri, Food bank hanya ambil apa yang perlu sahaja bukan ambil semua.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tindakan tiga individu tersebut yang disifatkan sebagai berlebihan dan tamak.
Ujar netizen lagi, inisiatif yang disediakan sepatutnya untuk kegunaan ramai khususnya mereka yang memerlukan di saat pandemik ini.
Sumber: Hakimy Looi