berita

Agak-Agaklah Nak Buang Sampah Dari Atas! Habis Cermin Kereta Pecah…

December 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Penang Kini

Hati siapa yang tak marah bila cermin kereta pecah dek angkara manusia yang tidak bertanggungjawab. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila individu tersebut tidak dapat dikenal pasti dan pemilik kereta perlu menanggung kerugian serta perlu menghantar kenderaan tersebut untuk dibaik pulih.

Artikel Berkaitan: Bau Busuk, Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas, Ini Kisah Flat Paling Kotor Di Penang

Artikel Berkaitan: ‘Rider Pun Takut Kalau Nak Hantar Makanan Dekat Kawasan Rumah Macam Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Miskin Tak Apa Tapi Jangan Jadi Pengotor’ – Rumah Dah Macam Tempat Pelupusan Sampah, Jijik!

Kereta pula jadi mangsa…

Foto: Penang Kini

Seperti perkongsian page Penang Kini di laman Facebook, tampil menceritakan sikap segelintir penduduk flat Pulau Pinang yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat cermin kereta belakang seorang penduduk yang pecah angkara sampah yang dipercayai dibaling dari arah atas.

Lagi isu kebersihan di flat Kampung ******, *i* I*t*m, Penang. Belum reda lagi pasal isu baling tahi kena customer nasi kandar Dari KL.

Semalam Kak Salbiah kereta Saganya pula dibaling sampah dari atas flat, habis pecah cermin belakang dan kotor.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa kepada pihak polis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat mereka berhubung insiden tersebut dan mencadangkan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi.

Respon netizen

Sumber: Penang Kini

SKIP THIS AD ×