berita

Bau Busuk, Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas, Ini Kisah Flat Paling Kotor Di Penang

February 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mamu Jarum

Sebelum ini, tular beberapa klip video yang dikongsi oleh penghantar makanan yang menunjukkan kawasan sekeliling rumah pelanggan mereka. Lebih menjijikkan, apabila kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap dan timbul kerisauan dalam kalangan warganet jika tempat itu menjadi ‘sarang’ buat haiwan perosak.

Artikel Berkaitan: ‘Rider Pun Takut Kalau Nak Hantar Makanan Dekat Kawasan Rumah Macam Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Miskin Tak Apa Tapi Jangan Jadi Pengotor’ – Rumah Dah Macam Tempat Pelupusan Sampah, Jijik!

Lapor Sinar Harian, flat tersebut yang terletak di Perai, pernah mendapat ‘jolokan’ flat yang terkotor di Pulau Pinang. Walaupun, digelar sedemikian rupa penduduk yang menetap di situ sudah lali dan mula membiasakan diri.

Kotor, busuk dan meloyakan

Foto: Mamu Jarum

Pada masa yang sama, koridor bangunan flat itu dipenuhi dengan plastik sampah, sisa makanan, perabut dan barang elektrik yang secara tidak langsung menyebabkan kawasan itu menjadi kotor, busuk, dan meloyakan. Walaupun, banyak kempen yang telah dijalankan bagi memupuk kepentingan menjaga kebersihan kawasan rumah namun, perkara itu seolah-olah tidak berkesan dan kawasan tersebut akan kembali kotor seperti sedia kala.

Menurut salah seorang penduduk dikenali sebagai Zaharah Najib, yang sudah menetap sejak lapan tahun yang lalu, sudah ‘kebal’ dengan keadaan itu walaupun pelbagai usaha telah dikerahkan. Jelasnya lagi, penduduk di situ mula membaling sampah seawal jam 5 pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

Malu dengan keadaan persekitaran

Foto: Mamu Jarum

Pada masa yang sama, fasiliti yang terdapat di flat tersebut juga tidak diselenggara dengan baik dan penduduk di situ terpaksa menggunakan tangga sebagai alternatif. Tidak berakhir di situ, kes pencurian juga sering kali berlaku sehingga menyebabkan kawasan tersebut dikenali sebagai ‘kawasan hitam’.

Cuba bayangkan nasib orang yang lalu lalang di bahagian bawah dihempap dengan plastik sampah yang berisi botol kaca, kulit durian dan najis.

Walaupun, tong sampah besar telah disediakan di setiap aras, namun sikap individu yang tidak bertanggungjawab tetap memilih untuk mencampak sampah terus dari tingkat atas. Perkara tersebut secara tidak langsung, mengundang bahaya kepada penduduk yang lain.

Benda ni dah selalu dibincangkan tapi tak ada juga penyelesaian malah bukan isu sampah sahaja yang menghantui kami tetapi isu keselamatan, lif rosak berbulan lamanya, kecurian motosikal dan banyak lagi.

Sumber: Sinar Harian Mamu Jarum

SKIP THIS AD ×