berita

Agong Mahu Sidang Parlimen Dibuat Secepat Mungkin

June 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sumber foto: The Straits Times

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan berdasarkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menzahirkan pandangan bahawa sidang di parlimen melibatkan ahli-ahli parti politik perlu diadakan secepat yang mungkin.

Kerajaan perlu bertindak tegas

Sumber foto: BERNAMA

Menerusi kenyataan yang dikongsi Istana Negara, Baginda menzahirkan pandangan tersebut bagi membolehkan semua ahli politik membahaskan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, dimana ketika ini negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang memberi kesan terhadap ekonomi rakyat serta negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80% dapat dicapai seawal mungkin.

Boleh bincang mengenai peruntukan

Sumber foto: Harian Metro

Sementara itu, Baginda menzahirkan pandangan mengenai perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan serta dapat memulihkan ekonomi negara secara efektif.

Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan Covid-19. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Dalam pada itu, Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua barisan hadapan negara (frontliners) yang telah berbakti buat Malaysia.

Sumber: Istana Negara

SKIP THIS AD ×