Siapa kat sini yang dah tak sabar menantikan kemunculan filem Pilot Cafe sila angkat tangan! Hehe. Mek ni bukan apa, Mek tak sabar sebenarnya nak menyaksikan filem adaptasi novel ulung Ahadiat Akashah ini.
Tapi, belum sempat filem ini menerjah panggung, dah ada yang berani mengkritik filem ini. Kononnya, Pilot Cafe tak setanding dengan filem-filem Hollywood. Apa cerita?
Buat Cerita Bodoh Pilot Cafe…What The F**k**g Movie!
Melalui laman Facebook milik Ahadiat Akashah, Mek ada ternampak Ahadiat memuat naik beberapa keping foto kritikan dari seseorang.
Fuh, apabila Mek baca apa ditulis oleh si polan ni, hampir terjojol biji mata Mek. Mana taknya, punyalah tak puas hati, habis segala cacian dan makian diberi.
Mungkin Insan Ini Kurang Kasih Sayang
Ini antara jawapan paling tenang tapi boleh bagi telinga bernanah. Haha! Memang terbaik jawapan Ahadiat ni. Tak percaya, korang tengoklah sendiri.
Bukan apa, Mek ni tak adalah nak sokong sesiapa. Tapi, Mek kesal dengan sikap sesetengah keyboard warrior ni. Cakap main lepas je hingga tak menjaga hati dan perasaan orang lain.
Kot iyapun tak puas hati, private message sajalah. Tak gitu? Benda kecil, boleh settle. So, chill la!