berita

Ahirine Ahirudin Dimarahi Pengarah Hampir Setiap Hari – ‘Saya Kuatkan Mental & Cuba Perbaiki Lakonan’

September 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ahirine

Pelakon Ahirine Ahirudin mendedahkan dia sering dimarahi pengarah sepanjang menjayakan penggambaran filem Tebus.

Artikel Berkaitan: Ahirine Ahirudin Dedah Diganggu Lelaki Dikenali – ‘Saya Takut, Rasa Macam Ada Mata-Mata Memerhati’

Artikel Berkaitan: Ahirine Ahirudin Terkilan Nama Dipetik Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Farid & Diana – ‘Imej Saya Jatuh’

Demi lakonan

ahirine

Menurut Ahirine, walaupun dia dimarahi pengarah filem tersebut iaitu Jason Chong hampir setiap hari di set penggambaran namun dia berpuas hati setelah melihat hasil lakonannya yang semakin baik.

Sangat berbaloi, bagi saya kalau tak kena marah tu mungkin takkan dapat membantu saya memperbaiki kesilapan saya itu. Ini kali pertama saya dimarah hampir setiap hari.

Sebenarnya pada minggu pertama kami masuk ke set penggambaran, saya rasa sakit-sakit badan tetapi saya tetap kuatkan mental dan cuba perbaiki lakonan.

Saya pun buat banyak ‘homework’ dengan tanya pengarah, tanya pelakon-pelakon lain dan juga tengok balik pada monitor dekat bahagian mana saya boleh perbaiki lagi.

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini turut berkongsi antara punca dia dimarahi adalah kerana lontaran dialog.

Babak permulaan filem ini antara babak yang paling banyak yang saya kena marah dengan semua orang.

Saya tak malu kena marah kalau untuk kebaikan supaya saya ingat sampai bila-bila.

Ahirine berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis pra tonton filem Tebus di The Starling, Petaling Jaya baru-baru ini.

Aktres filem Gadis Jolobu ini turut mengakui terdapat beberapa babak yang mencabar untuk dijayakan walaupun dia adalah seorang pelakon yang cenderung terhadap genre aksi.

Babak di dalam ‘freezer’ paling mencabar, kaki dan tangan banyak lebam, badan juga sakit-sakit sebab kena hempas ke dinding.

Babak ini memang perlu diulang banyak kali untuk rakaman semua sudut. Mula-mula saya rasa okay tetapi bila kena buat babak aksi yang sama lebih tujuh kali ianya agak sukar.

Saya memang tak pakai ‘stunman’ untuk lakonkan watak aksi kerana watak seperti ini memang saya minat. Saya ambil ini sebagai latihan untuk saya juga.

Untuk info, Ahirine merupakan heroin bagi filem Tebus yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Idan Aedan, Azhan Rani dan diarahkan oleh Jason Chong. Filem ini ditayangkan menerusi platform Prime Amazon.

SKIP THIS AD ×