berita

Aedy Ashraf Bukan Lelaki Curang Dalam Buku Daiyan Trisha, Berang Gambar Mesra Dengan Ahirine Dijadikan Publisiti Murahan

September 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aedy Ashraf

Enggan lagi berdiam diri, pelakon Aedy Ashraf akhirnya membuka mulut menjelaskan mengenai beberapa kontroversi dan spekulasi yang timbul melibatkan dirinya.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson & Aedy Ashraf Bakal Berkahwin? Tuan Badan Akan Umum Sendiri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ukur Lilit Session’ – Aedy Ashraf Tempah Baju Nikah?

Kisah dalam buku

Aedy Ashraf

Menerusi hantaran di Instagram, Aedy berkata spekulasi yang ditulis oleh seorang rakannya di dalam sebuah buku yang diterbitkan baru-baru ini adalah tidak benar.

Jelas Aedy, dia dan rakannya itu tidak pernah menjalin hubungan cinta dan menegaskan mereka hanya sekadar berkawan.

Banyak spekulasi mengenai saya kebelakangan ini. Saya di sini tampil untuk menjelaskan segalanya.

Spekulasi tentang apa yang ditulis seorang rakan dalam bukunya tentang saya. Itu tidak benar. Kami tidak pernah mempunyai hubungan secara romantik dan tidak lebih daripada kawan.

Gambar di set penggambaran

Aedy Ashraf

Sementara itu, Aedy turut menjelaskan mengenai kontroversi yang timbul selepas gambarnya bersama seorang aktres di dalam sebuah filem dijadikan bahan promosi.

Jelas aktor berusia 29 tahun itu, dia juga tidak membenarkan gambar berkenaan disiarkan di mana-mana platform media sosial dan percaya filem tersebut boleh berjaya tanpa publisiti ‘murahan’.

Gambar kontroversi dari adegan filem yang saya buat. Saya tidak memberi kebenaran untuk gambar ini disiarkan di mana-mana platform media sosial.

Saya juga tidak pernah bersetuju bahan seperti ini disiarkan untuk mempromosikan filem tersebut.

Ia adalah filem hebat yang saya benar-benar percaya. Saya telah meletakkan begitu banyak tenaga, masa dan usaha untuk memastikan filem itu memberi impak yang menakjubkan untuk peminat.

Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti. Apa yang saya lakukan adalah untuk keluarga dan peminat saya

Meskipun tidak menyatakan nama, namun rata-rata wargamaya seakan dapat meneka bahawa kenyataan itu ditujukan kepada aktres Daiyan Trisha dan Ahirine Ahirudin.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×