berita

Ahmad Dhani Gembira Dapat Hak Penjagaan Anak

May 28th, 2013 | by Ai
Hollywood

Ahmad Dhani

Pemuzik terkenal dari seberang, Ahmad Dhani merasa gembira apabila Mahkamah Agung Jakarta menyerahkan hak menjagaan tiga puteranya iaitu Al, El, dan Dul kepada dirinya semalam.

Menurut Ahmad Dhani, dia merasa gembira dengan keputusan yang telah dibuat dan berharap agar urusannya bersama bekas isteri, Maia akan berakhir dengan baik.

Saya rasa gembira kerana akhirnya urusan saya dengan Maia sudah selesai.

Bagi saya, biarlah hak penjagaan anak-anak itu diserahkan kepada mereka sendiri kerana mereka bertiga pun sudah besar. Saya berharap dengan selesainya kes ini Maia dan saya akan dapat menjaga anak-anak dengan baik dan tidak akan mensia-siakan hidup mereka lagi. – Ujar Ahmad Dhani menerusi laporan Indonesia, DetikHot.

Ahmad Dhani

Ahmad Dhani terima kek hari jadi daripada 3 anaknya

Menerusi laporan yang berlainan, Ahmad Dhani turut difahamkan baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ke 41, pada tanggal 26 Mei yang lalu.

Sempena ulangtahun tersebut, penyanyi ini akui dia percaya dengan kata-kata yang menyebut sebagai Life Begin at fourty, dan berharap agar kehidupannya sebagai seorang lelaki akan lebih sempurna dan baik selepas ini.

Apa pun, jom kita lihat sedutan video ucapan Ahmad Dhani sempena ulangtahun kelahirannya Ahad lepas.

Kredit Video : KabarSelebriti

SKIP THIS AD ×