berita

Ahmad Idham & Qhaliq Undur Diri Bagi Hormati Dukun

April 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Setelah 12 tahun filem Dukun arahan Dain Said ‘diperap’ dan kini filem tersebut bakal ditayangkan pada 5 April 2018. Semestinya ramai antara kita yang terkejut akan khabar gembira ini. Malah, ramai yang tidak sabar untuk menyerbu pawagam menyaksikan filem sebuah visual diinspirasi dari kisah benar mistik di Malaysia.

Menurut myMetro, tampil Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato Nadzim Johan bersama Ahmad Idham menarik tarikh tayangan filem Qhaliq yang sepatutnya ditayangkan pada 5 April juga. Sehubungan itu, mereka juga berpendapat filem Dukun mempunyai babak tidak sesuai untuk dikategorikan sebagai filem P13.

Dukun tidak sesuai ditayang umum?

Dalam sidang media yang diadakan bersama Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato Nadzim Johan bersama pengarah, Ahmad Idham telah berpendapat bahawa filem Dukun adalah tidak sesuai tayangan umum. Hal ini bakal mengundang impak negatif dan tahyul kepada masyarakat.

Selain itu, ianya juga turut merungkai kerisauan terhadap golongan agama yang kurang selesa dengan medium filem dilihat lebih ke arah yang kurang jelas.

Qhaliq tangguh tarikh tayangan

Pengarah Ahmad Idham lega permohonan menarik keluar filem terbaru Qhaliq diluluskan. Malah, perkara disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang (SWT).

Saya sudah mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dan jawatan kuasa Wajib Tayang yang saya hubungi sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, penarikan filem tersebut bukan disebabkan takut akan persaingan seperti digembarkan segelintir pihak tetapi risau dengan budaya membenarkan dua filem tempatan ditayang serentak.

Memberi penghormatan buat Dukun

Susulan penarikan filem itu dari pawagam, satu tarikh baru akan diumumkan sebaik sahaja tayangan filem Dukun selesai. Malah, Ahmad Idham menyeru semua peminat filem tempatan untuk memberi sokongan buat filem Dukun yang sememangnya dinantikan selama 12 tahun.

Memberi sokongan padu buat filem tempatan

Sewaktu sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam, Ahmad Idham, menyatakan hasrat menarik keluar filem Qhaliq kerana bertembung dengan filem Dukun yang ditayang tarikh sama.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×