Sejak kebelakangan ini, isu kemelut yang melanda pelakon cantik Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan kembali menjadi bualan hangat netizen. Kalau sebelum ini, Rita Rudaini menafikan dakwaan pihak Aidil yang menuduh pihaknya tidak menerima nafkah anak-anak.
Artikel Berkaitan : ‘Dari Dulu Tiada Duit Baju Raya, Duit Sekolah’ – Rita Rudaini Respon Isu Nafkah
Artikel Berkaitan :‘Tidak Manis Urusan Keluarga Dihebahkan’ – Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak
Terbaru, menerusi Melodi TV3, pelakon itu sekali lagi menjelaskan situasi sebenar mengenai isu itu. Malah beliau turut memberitahu umum bahawa Aidil sangat sayangkan anaknya, bahkan pernah bermalam seminggu dengan anak-anaknya.
Siapa yang mulakan dulu?
View this post on Instagram
Selama mana mengenali ‘bekas’ itu, dia memang tak pandai cakap. Bukan itu orangnya, siapa yang memuat naik status itu faham-faham jela. Kisahnya bermula pasal resit-resit buku ada orang suruh ‘claim’. Tapi kami jujur cakap bapak-bapak dia dah ‘claim’.
Menurut Rita, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pihak Aidil memuat naik kenyataan mengenai nafkah anak. Dia tidak pernah menafikan Aidil memberikan nafkah anak-anaknya, namun netizen yang memberitahu jumlah nafkah anak-anak tidak cukup.
Kalau kami tak bersyukur kami minta macam-macam. Kami tak pernah minta duit sebab kami ada kaki tangan, masih boleh kerja. Kami cuma minta anak-anak berdoa untuk ‘Daddy’ dia lembut hati, boleh ingat mereka.
Tambah Rita lagi, Aidil lebih mengenali dirinya memandangkan sepanjang perkahwinan terdahulu dia tidak pernah meminta duit dan pandai berdikari.
Video penuh
Dalam pada itu, Rita turut mendedahkan rahsia dimana Aidil ada berjumpa anak-anak secara sembunyi. Malah pernah tidur di rumahnya selama seminggu tanpa pengetahuan sesiapa.
Aidil seorang lelaki penyayang, dia sangat sayangkan anak-anaknya. Kami terbaca ‘belah sana’ ada beritahu kami tak bagi jumpa anak kami. Tapi macam mana Aidil boleh mai rumah kami, tidur dengan anak-anak dia. Benda itu Aidil tak pernah cerita kat sesiapa. Ni nak pecah rahsia!
Menurut Rita, Aidil terpaksa sembunyi sembunyi jumpa anak sebelum ini kerana terdapat beberapa masalah. Malah, Rita turut mendedahkan rahsia bahawa pernah menyewa satu apartment semata-mata Aidil ingin berjumpa anaknya. Perkara ni tidak pernah diberitahu umum kerana menjaga privasi Aidil sendiri.
Orang keliling yang melebih-lebih yang memecah belah hubungan antara anak dah bapak. Jangan takut kami dah tua, dia masih segak muda lagi.
Akhir sekali, Rita Rudaini meminta agar netizen-netizen tidak membuat mulut menuduh pihaknya tidak membenarkan Aidil berjumpa anak-anaknya. Dia turut memberitahu bahawa kali terakhir Aidil bertanyakan mengenai anak-anaknya adalah pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.
Sumber : Melodi TV3