Mungkin sudah sampai ke penghujung hubungan mereka, Aidil Zafuan & Rita Rudaini dikhabarkan bakal bercerai pada 25 Februari berdasarkan permohonan cerai yang difailkan oleh pemain bolasepak kebangsaan ini.
Menerusi Rotikaya, Berita Harian melaporkan Aidil khabarnya sudah pun mempunyai pengganti bernama Zarema Zainal melalui kiriman e-mail seorang individu kepada Rita Rudaini.
“Just wanna inform that Zarema Zainal will be married to Aidil Zafuan on July.”
Rita Rudaini juga mendedahkan bahawa dia sudah lama tahu perkara ini dan hanya menyerahkan pada takdir.
“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah.”
Apa pun, kita nantikan saja berita seterusnya.