berita

Aidil & Zarema Tunaikan Umrah Untuk Cari Ketenangan Dari Kontroversi Rumahtangga?

July 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Aidilkemekah

Dibulan Ramadhan yang mulia ini, pasti ramai yang menginginkan kesempatan merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci Mekah bukan?

Malah, khabarnya, baru-baru ini pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan telah berangkat menunaikan umrah bersama isteri tercinta. Wah! pasti seronok dapat merasa berpuasa disana.

Melalui kiriman emel yang kami terima, difahamkan Aidil dan Zarema telah berangkat ke Mekah pada 28 Jun yang lalu bersama beberapa sahabat dan ahli keluarga terdekat.

Aidilkemekah

Namun, menurut kiriman tersebut, selain untuk merasai nikmat berpuasa di tanah suci, pemergian Aidil dan Zarema ke Mekah juga katanya disebabkan oleh kontroversi yang melanda mereka baru-baru ini. Eh, betul ke?

Maklum sajalah, kalau korang masih ingat, sekitar minggu lalu, nama pasangan ini menjadi bualan peminat apabila bekas isteri Aidil, Rita Rudaini membuat pendedahan panas mengenai pasangan ini.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Buat Pendedahan Panas Tentang Aidil & Zarema!

Pada kami, apalah salahnya pasangan ini mengerjakan Umrah kan? Soal pergi mendapatkan ketenangan dek kerana kontroversi bertubi-tubi tu, biarlah tuan badan saja yang tahu.

Lagipun kalau ditolak ketepi isu rumahtangga mereka sekejap, mesti ramai yang seronok melihat kebahagiaan Aidil dan Zarema. Kedua-duanya bagaikan belangkas, tak boleh berpisah.

Dan sebenarnya ia agak kontra dengan pendedahan Rita sebelum ini. Tak beranilah nak kata sama ada kemesraan itu sengaja dibuat-buat kerana sesungguhnya mereka lebih mengerti apa yang berlaku. Lebih baik doakan semua pihak dikurniakan kebahagiaan dengan jalan masing-masing.

Apapun, diharapkan semoga ibadah Aidil dan Zarema diterima dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Selamat berpuasa semua.

SKIP THIS AD ×