berita

Ain Edruce Dedah Perangai Suami – ‘Saya Penat Buat Lawak, Dia Pula Dapat Nama’

November 4th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mendedahkan perangai sebenar suaminya, Amirul yang membuatkan ramai rakyat Malaysia terhibur setiap kali mereka membuat Tiktok bersama.

Artikel Berkaitan: Tak ‘Upload’ Foto Berpakaian Seksi Di Media Sosial, Ain Edruce Mahu Jaga Nama Baik Suami & Keluarga 

Artikel Berkaitan: Anak Positif Covid-19, Ain Edruce Minta Doa Orang Ramai – ‘Badan Soraya Ada Bintik-Bintik Merah, Suhu Tinggi’ 

Artikel Berkaitan: Suami Positif Covid-19, Ain Edruce Risau Dengan Anak – ‘Soraya Macam Tak Sihat’

‘Dia kelakar sebenarnya, cuma malu depan kamera’

Menerusi laporan Gempak, Ain membongkar perangai Amirul dimana dia sebenarnya seorang yang kelakar tetapi agak malu apabila kamera ada di hadapan. Tambahnya, Amirul sering mendapat nama atas usahanya dalam membuat lawak.

Lawak suami saya tak semua boleh terima, ada setengah yang rasa Amirul tak kelakar tapi kenapa majoriti rakyat Malaysia rasa dia tu lawak. Kadang-kadang penat saya buat lawak, dia yang dapat nama. Sedih, geram pun ada.

Pelakon telefilem Tebus itu menyatakan bahawa suaminya kini lebih berani untuk bergurau dengannya di hadapan orang ramai walaupun lawaknya itu kadang-kadang kedengaran seperti memerlinya.

Terdahulu, Ain selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya pada 19 Mei 2021.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×