Baru-baru ini berlaku perbalahan di antara peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan peminat Aina Abdul.
Ia berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan Aina kini layak digelar penyanyi nombor satu negara berbanding Siti yang didakwa sudah tidak relavan.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Harumkan Nama Malaysia Di Korea Selatan! Satu Pentas Dengan Penyanyi Terbaik Asia-Pasifik
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Hampir ‘Give Up’ Luncurkan ‘Imaji’, Pernah Terasa Hati Dengan Ayat Tok Ram – ‘Kena Ada Album Untuk Buat Konsert’
Tidak pernah terlintas
Memetik laporan BH Online, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia tidak pernah membandingkan bakat yang ada dengan mana-mana penyanyi malah dia hanya berpegang kepada niat asal iaitu untuk menjadi anak seni yang berjaya.
Sejak awal menyertai industri muzik, saya tak pernah letak diri bertanding dengan sesiapa pun.
Setiap kali buat sesuatu saya akan fikirkan adakah bagus atau tidak, musuh saya dalam industri ini adalah diri saya sendiri.
Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam ini menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan yang sengaja ditimbulkan.
Aina bahkan mengakui Siti Nurhaliza adalah individu yang sememangnya layak berada di kedudukan tersebut dengan semua pencapaian dan anugerah yang telah dimilikinya.
Sujurnya, saya segan dan malu apabila isu ini heboh diperkatakan.
Saya faham kenapa orang marah dan tidak setuju dengan kenyataan itu. Sebagai tuan badan, saya pun tidak setuju apabila dibandingkan dengan figura hebat.
Saya harap kejadian seumpama ini takkan terjadi dan akan berakhir. Saya ada baca komen netizen yang inginkan saya berada di kedudukan nombor satu, namun saya tak pernah terlintas nak letakkan diri dalam mana-mana nombor dan posisi.
Sementara itu, penyanyi berusia 30 tahun ini menyifatkan dirinya masih lagi ‘mentah’ di dalam industri jika hendak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza yang dilihat sebagai seorang bintang paling unggul.
Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Jadi, saya berterima kasih kepada Siti dan penyanyi lain yang jadi inspirasi saya.
Orang baharu seperti saya perjalanan tentunya masih jauh ketinggalan dan saya terlalu kerdil.
Sumber: BH Online