berita

Ainul Aishah Rimas Dengan Kontroversi Berbikini

March 12th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-12 at 11.51.27

Berbeza dengan Diana Danielle yang mengunci mulut kerana foto bercoli sebelum ini, Ainul Aishah pula berani tampil memberikan kenyataan berkaitan dirinya yang didakwa berbikini.

Menurut akhbar Harian Metro, Ainul menegaskan gambar tersebut menampakkan seolah-olah dirinya berbikini kerana aplikasi Mirror yang digunakan. Bukan pakai bikini betul pun.

Artikel Berkaitan:

Screen Shot 2015-03-11 at 11.49.46 AM

Saya tak nak bercakap mengenai hal itu sebab kalau tengok betul-betul saya tak pakai bikini pun. Saya sarung baju di luar. Saya tak fikir hal ini patut dipanjangkan lagi dan tidak perlulah saya memberikan komen lebih lanjut sebab ia bukan perkara penting.

Macam Mana Pula Perang Komen Dengan Followers?

Screen Shot 2015-03-12 at 11.55.02

Selepas jadi makin kecoh itu, saya balas komen orang hanya untuk suka-suka bagi menghiburkan hati saya. Saya sudah berfikir secara mendalam, lebih baik berkawan daripada mencetuskan permusuhan.

Letih Dengan Perkara Negatif

Screen Shot 2015-03-12 at 11.57.50

Kejadian itu sangat negatif kepada saya. Ia membuatkan saya rimas dan letih kerana kehidupan saya sentiasa dikelilingi perkara positif selama ini.

Baiklah, semuanya dah jelas sekarang. Tapi betul juga cakap sesetengah orang, lebih baik jangan muat naik gambar yang boleh mengundang kritikan kalau tak nak dilanda kontroversi.

SKIP THIS AD ×