berita

‘Air Sirap Ke Tu?’ – Tular Video MK K-Clique Berhibur Di Kelab Malam, Peminat Kecewa Tengok

January 31st, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama penyanyi dan pelakon, MK K-Clique tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular sebuah video kontroversi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Anak Mak’ – MK K-Clique

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Nafi Dah Kahwin, Minta Maaf Pada Peminat Yang ‘Broken Heart’

Di kelab malam?

@sukiicheong Eleh datang dekat2 pulak malu la kita ? #fypdongggggggg ? original sound – ????? ?

Menerusi TikTok, tular video yang memaparkan MK sedang berhibur di sebuah kelab malam yang terletak di Kuala Lumpur.

Dalam rakaman itu, pelakon berumur 26 tahun itu dilihat memakai kemeja sedang menyanyikan lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian asal Joe Flizzow.

Selain itu, apa yang mencuri perhatian adalah botol yang berada di hadapan anak kelahiran Sabah seolah-olah seperti minuman keras.

Jam 4 pagi sampai?

Di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan kecewa melihat kahadiran pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan di kelab malam sedangkan sudah menyertai kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh.

Ada juga netizen yang mendakwa sering kali melihat pelantun lagu Mimpi ini di kelab hiburan yang lain.

Sebelum ini, MK pernah dikecam kerana kerap tampil dengan penampilan perhiasan emas biarpun sedar salah di sisi hukum agama.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×