Pelakon, Aishah Azman menepis tanggapan bahawa pemakaian tudung labuh dianggap selekeh sebaliknya menegaskan boleh digayakan dengan kemas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aishah Azman Tak Tolak Jodoh Dengan Duda, Akui Utamakan Lelaki ‘Fresh’ – ‘Kalau Boleh Elak, Kita Elak’

Artikel Berkaitan: Aishah Azman Titip Kata Semangat Buat Kamal Adli, Netizen ‘Bitter’ Tuduh Nak ‘Try’ – ‘Sebarkan Doa Bukan Fitnah’

Tudung labuh

Kata Aishah, tudung labuh sebenarnya boleh digayakan dalam pelbagai cara yang menarik dan moden.

Dalam masa sama, Aishah turut berharap agar para wanita yang sedang berusaha untuk memakai tudung labuh untuk terus istiqomah dalam bertudung labuh.

Siapa kata tudung labuh selekeh, boleh saja gayakan nampak moden.

Semoga istiqomah.

Aishah berkata demikian selepas meninggalkan komen pada satu hantaran yang mengajak wanita untuk memulakan trend pemakaian tudung labuh.

Individu itu turut meminta pemakai tudung labuh berkongsi gambar sebagai inspirasi agar tidak kelihatan selekeh.

Jom trend kan tudung labuh. Mana perempuan yang cantik, kongsi gambar macam mana awak gayakan tudung labuh tanpa kelihatan selekeh.

Sumber: Threads