berita

Aishah Kalah Di Jempol & Nora Danish Rakam Video Undi Dengan Rayqal

May 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Nora Danish

Nampaknya selesai sudah kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) serta sesi mengundi yang diadakan semalam. Menurut sumber, PRU kali ini menyaksikan jumlah pengundi meningkat sebanyak 4 peratus berbanding PRU12 yang diadakan pada tahun 2008.

Dan untuk pengetahuan anda pula, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 133 kerusi parlimen untuk kekal sebagai kerajaan pusat manakala Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya merampas lagi 7 kerusi di parlimen untuk PRU13 berbanding 82 sebelum ini.

Selain itu, pelantun lagu ‘Janji Manismu’ iaitu Aishah yang mewakili PAS menentang calon BN pula telah kalah di kerusi Parlimen Jempol. Walaupun keputusan tidak memihak kepadanya, Aishah berjaya meraih 22,495 undi dan tewas kepada calon BN dengan undi majoriti iaitu 8,614.

Herman Tino

Calon BEBAS iaitu Herman Tino yang pernah popular sekitar tahun 80-an juga turut tumpas di tangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Penyanyi yang bertanding untuk Parlimen Tanjung Karang ini hanya meraih 340 undi berbanding calon BN (20,548 undi) dan PAS (16,154 undi).

Disebalik kemenangan BN dalam PRU kali ini, selebriti tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah pada Datuk Seri Najib dan juga parti pimpinannya, Barisan Nasional.

Screen Shot 2013-05-06 at 11.39.38 AM

Screen Shot 2013-05-06 at 11.40.02 AM

Screen Shot 2013-05-06 at 11.40.45 AM

Screen Shot 2013-05-06 at 12.08.56 PM

Namun, yang paling menarik perhatian OHBULAN! ialah video yang dirakam oleh Nora Danish bersama anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli. Comel sangat tahu. Jom tonton video dibawah ini!

Apa pun, tahniah juga OHBULAN! ucapkan pada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan pemerintahan. Harapnya BN akan mula sedar dengan kehendak rakyat dan mengotakan manifesto yang dijanjikan sebelum ini.

SKIP THIS AD ×