Dua minggu lepas, penyanyi Aishah dimasukkan ke hospital atas beberapa faktor kesihatan dan terpaksa menjalani pembedahan membuang gastrik dalam perutnya.
Artikel berkaitan: Berikan Masa Untuk I Berehat-Aishah Beri Update Selepas Pembedahan Di Bahagian Perut
Terbaru, dia memuat naik video dan foto berkongsi pengalaman sepanjang pembedahan membuang gastrik di perut. Malah, video ini diambil dari bilik pembedahan dan secara ringkasnya menerangkan prosedur yang terpaksa Aishah lalui.
Pembedahan gastrik
https://www.instagram.com/p/BgTO33_n1du/?taken-by=aishahjmm
Alhamdulillah… Selepas 15 hari melakukan pembedahan, kesihatan Aishah bertambah baik meskipun merasai sakit. Malah, dia turut berkongsi pengalaman sendiri dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan tersebut.
Bila dah nekad kena buat
Dia tidak menafikan rasa sakit yang perlu dihadapi setiap pesakit untuk menjalani pembedahan. Malah, dinasihatkan bagi setiap pesakit mendapat sokongan moral untuk sentiasa menyokong dan memberi kata positif sebelum pembedahan dijalankan.
Mental kena kuat
Usah ada perasaan malas untuk bangun dan bergerak selepas pembedahan. Mentaliti perlu kuat untuk memberi tindak balas terhadap anggota badan. Selepas itu, Aishah perlu ‘berperang’ untuk melawan nafsu makan yang maksima dan makan apabila lapar saja.
Kawal nafsu makan
Dia dahulunya mampu makan nasi sebanyak 3 pinggan tetapi setelah pembedahan dia hanya mampu menelan 30ml-50ml nasi saja. Cara makan juga perlu dikunyah perlahan bagi mengelakkan sakit kepala dan muntah.
Dengar nasihat doktor
Pesakit juga dinasihatkan untuk mendengar segala nasihat doktor bedah anda. Selain itu, banyakkan mencari maklumat mengenai pembedahan penyakit anda dan fahami prosedurnya.
Berat badan Aishah mula menurun sebanyak 7.7 kg selepas 15 hari pembedahan dijalankan.
Credit: Aishahjmm