berita

Aishah ‘Letih’ Turun Naik Mahkamah Tuntut Hadiah Tanah – ‘Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah’

August 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Aishah telah mengadakan konsert sulungnya pada hujung minggu lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Meskipun penat masih belum habis, pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini memberitahu dia terpaksa ke mahkamah hari ini, untuk kes tuntutan hadiah tanah selepas berjaya memenangi sebuah program nyanyian.

Artikel berkaitan: ‘Covid-19 Ni Peminat Janji Manismu Juga Ka?’ – Aishah Positif Covid-19 Kali Kedua

Sepatutnya berehat

Menurut Aishah, impian dan mimpinya akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menyelesaikan Konsert Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu yang lalu. Walaupun dua kali dijangkiti COVID-19 dalam tempoh lima bulan hingga 20 peratus paru-parunya rosak, Aishah mengaku gementar memikirkan setiap aksi yang bakal dipamerkan di hadapan para peminat, kawan-kawan dan keluarga.

Tambah Aishah, dia boleh menarik nafas lega setelah semuanya selesai. Namun begitu, Aishah berkata niatnya untuk berehat seketika terpaksa dilupakan. Ini kerana, dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan hadiah tanah yang dimenangi olehnya.

Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja. Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga.

Di akhir posting, Aishah memohon doa agar urusannya dipermudahkan. Sebagai pemenang dan penyanyi, Aishah memberitahu dia hanya mahu menuntut hak yang telah dijanjikan sahaja.

Jangan buat begini kepada anak seni.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×