berita

Aishwarya Rai & Anak Dah Boleh Pulang Ke Rumah, Suami Masih Jalani Rawatan Covid-19

July 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas 10 hari menerima rawatan di Hospital Navati Mumbai, pelakon jelita, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya, Aaradha dibenarkan keluar hospital.

Artikel berkaitan: Selepas Suami, Giliran Aishwarya Rai & Anak Pula Disahkan Positif Covid-19

Perkara demikian dimaklumkan oleh suaminya, Abhishek Bachchan menerusi akaun Twitter.

Dibenarkan keluar hospital

Aishwarya dan Aaradhya telah dibenarkan keluar hospital dan mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah. Manakala, saya dan bapa masih ditahan di hospital dan dirawat secara sempurna oleh pihak hospital.

Menurut Abhishek, isteri dan anaknya sudah disahkan n egatif wabak Covid-19. Tambahnya, mereka akan pulang ke rumah semula. Jelasnya lagi, dia dan ayahnya iaitu Amitabh Bachchan masih berada di hospital untuk mendapatkan rawatan. Ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga turut diucapkan.

Positif covid-19

Terdahulu, Amitabh Bachchan disahkan positif wabak berkenaan setelah menunjukkan gejala ringan. Susulan daripada itu, Abhishek dan keluarganya turut disahkan positif juga selepas itu. Manakala, ahli keluarga yang lain dipercayai negatif ketika melakukan ujian saringan.

Sumber: Abhishek Bachchan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×