Pempengaruh Aisyah Hijanah menafikan dakwaan dirinya terlibat dengan penyelewengan dan pecah amanah seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Aliff Teega Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Nasihat Jangan Mudah Percaya Cerita Satu Pihak – ‘Saya Hidup Dimaki Satu Malaysia Akibat Poligami’
Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah & Suami Dilabel Penipu, Didakwa Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi?
Nafi menyeleweng
Menurut kenyataan firma guaman Rahim, Aidil & Partners yang mewakili Aisyah Hijanah, segala aset-aset yang diperolehi Aisyah adalah atas daya usaha sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana atau kutipan derma.
Anak guam kami juga seperti sedia maklum menjalankan pelbagai perniagaan yang menjana keuntungan dan sepertimana orang lain, mereka juga berhak untuk menikmati hasil keuntungan perniagaan tersebut untuk tujuan peribadi.
Selain itu, firma tersebut menafikan dakwaan menerima skim 20 peratus melalui platform JomDonate kerana skim berkenaan hanya diperkenalkan setelah anak guam mereka tidak lagi menggunakan platform itu sejak tahun 2022.
Malah, sebarang penggunaan imej, gambar atau testimoni anakguam dibuat setelah tidak lagi menggunakan platform tersebut.
Oleh itu, sebarang penggunaan imej, gambar atau testimoni anak guam kami adalah tanpa sebarang kebenaran dan persetujuan mereka.
Selanjutnya atas arahan anakguam, kami dengan tegas menafikan sebarang penyelewengan, penipuan atau pecah amanah jenayah yang didakwa datangnya dari aktiviti kutipan derma Madrasah.
Anak guam kami juga menegaskan bahawa kempen kutipan derma Madrasah tersebut hanya tamat pada 14 Jun 2024 dan segala hasilnya telah pun diserahkan kembali. Wakil pihak Madrasah juga telah memohon maaf kepada anak guam kami serta percaya isu tersebut tidak harus dipanjangkan lagi.
Tiada akaun Facebook
Tambahnya dalam kenyataan, sebarang akaun Facebook atas nama ‘Aisyah Hijanah Official’ adalah palsu.
Pihak kami juga mempunyai arahan untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah menyalahgunakan nama dan identiti anak guam kami.
Adalah ditegaskan bahawa anakguam kami tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membuat kenyataan bagi pihak beliau.
Tindakan pihak yang telah menyalahgunakan nama dan identiti anakguamnya telah membawa kepada kesulitan, kesengsaraan emosi serta kerugian tidak boleh dipampaskan.
Sumber: Instagram