Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mengambil maklum mengenai beberapa perkara yang tersebar berhubung isu yang sedang melanda rumah tangganya bersama suami, Alif Teega.
Artikel Berkaitan: Rakaman Audio Pergaduhan Alif Teega & Aisyah Hijanah Pula Viral? – ‘Hari Ini Abang Akan Masuk Lokap!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Viralkan Gambar Alif Teega & Wanita Dipercayai Fatin Umaidah Dalam Kereta – ‘Patutlah Tak Bagi Check Dashcam, Takut Kantoi!’
Tidak menafikan
Menerusi perkongsian terkini di Instagram Story, Aisyah berkata dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan segala perkara yang sudah tersebar sejak beberapa hari lalu.
Aisyah bagaimanapun berharap agar mana-mana pihak yang masih mempunyai sebarang perkara berkaitan untuk berhenti berkongsi di dalam media sosial.
Saya maklum mengenai beberapa hal yang telah pun leak (tular) dan diketahui umum.
Saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.
Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan untuk berhenti daripada berkongsi.
Kerana hal ini akan bertambah teruk. Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal.
Dalam perkongsian sama, Aisyah turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada orang ramai disebabkan isu yang sedang berlaku.
Buat masa ini saya dan Alif dalam keadaan baik sahaja. Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana sepanjang isu ini terjadi, ianya telah menggangu kesejahteraan mental, emosi kalian semua.
Kami doakan agar kita semua dijauhakan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman. Terima kasih mendoakan yang terbaik.
Sumber: Instagram