berita

Rakaman Audio Pergaduhan Alif Teega & Aisyah Hijanah Pula Viral? – ‘Hari Ini Abang Akan Masuk Lokap!’

November 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular hantaran Instagram (IG) Story yang dibuat naik adik susuan kepada pempengaruh, Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam memaparkan laporan kesihatan yang mendakwa kakaknya dipukul abang iparnya, Alif Teega.

Artikel Berkaitan: Keluarga Dakwa Ditolak Ke Lantai & Ditampar, Rekod Kesihatan Dipercayai Milik Aisyah Tular – ‘Gaduh Sebab Berebut SD Kad Kereta’

Gaduh depan anak?

Terbaharu, tular pula satu video di TikTok memaparkan rakaman audio pergaduhan melibatkan Aisyah dan Alif.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran Alif yang seakan tidak berpuas hati dengan Aisyah kerana memuat naik mengenai masalah rumah tangga mereka di media sosial.

Namun, apa yang mengejutkan ialah pendedahan dibuat Aisyah yang mendakwa Alif telah mencederakan dirinya.

Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat kepala Aisyah tadi kan?

Khadijah nampak dan sampai lebam tangan Aisyah.

Bagus sangat, hari ini abang akan masuk lokap.

Dalam pada itu, Alif dilihat seakan mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana sudah hilang sabar dengan isterinya.

Aisyah yang mula dulu (kekerasan), Aisyah kutuk dan banyak kali dah hina abang. Aisyah tak hormat abang sebagai seorang suami.

Macam mana abang tak marah? Abang cakap elok-elok, ‘Jangan hina abang depan Khadijah’. Tapi Aisyah buat lagi dan lagi.

Rakaman audio yang tular

@4rever.kamiViral di rumah hijau, voice Aisyah Hijanah dan alif teega !? Dawai – Amsyarleee

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×