berita

Aizat Lancarkan Teaser Duet Pertama Dengan Yuna, DwiHati

April 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Aizat Wahhh! Anda masih ingat lagi tak ketika Aizat membawakan lagu ‘Terukir Di Bintang” mewakili Yuna di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)?

Ketika itu, semua orang bersorak apabila Aizat membawakan tema ala-ala romantik dengan gaya lelaki kacak. Lebih bergaya apabila lagu tersebut berjaya merangkul trofi Juara Lagu bagi AJL edisi ke 27.

Dan sejak dari itu, ramai yang tertanya-tanya termasuklah para peminat samada Aizat ada merancang untuk berduet bersama Yuna atau pun tidak.

Akhirnya segala persoalan telah terjawab kerana Aizat dan Yuna melalui laman Twitter telah mengumumkan pelancaran ‘teaser’ lagu terbaru mereka berdua yang berjudul “DwiHati”.

 

Screen Shot 2013-04-18 at 1.32.15 PM

Screen Shot 2013-04-18 at 1.32.22 PM

 

Teaser selama 26 saat ini menampilkan muzik yang lebih relax dan lirik yang kami rasa bakal menjadi siulan anda tidak lama lagi.

Apa pun, mari kita dengarkan teaser “DwiHati”, duet oleh Aizat dan Yuna selepas ini.

SKIP THIS AD ×