Penyanyi Aina Abdul mendedahkan jumlah keseluruhan untuk persembahan Terus Hidup pada malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) mencecah kira-kira RM90,000.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Beza Hanya 2 Markah Berbanding Naib Juara, Ketua Juri Akui Susah Cari Kesalahan Dalam Persembahan Aina Abdul
Syukur ada rezeki
Ketika ditemui OhBulan!, Aina berkata dia tidak kisah untuk berbelanja besar kerana mahukan hasil yang berbaloi.
Ceritanya, untuk AJL37 sahaja dia telah membawa ‘rombongan’ sebanyak 30 orang untuk menjayakan persembahan.
Iya, memang saya berbelanja agak banyak untuk baju, set persembahan dan apa sahaja yang dilihat ketika di atas pentas.
Pada ketika ini, dalam kerjaya saya mahukan sesuatu yang berbaloi. Jadi saya tahu perlu ada sedikit pelaburan.
Pada malam ini (Ahad) sahaja saya bawa 30 orang bersama sebagai team yang menguruskan segala aspek. Semangat mereka yang saya bawa di atas pentas.
Syukur saya ada rezeki untuk berbelanja dan tidak ada masalah untuk invest kali ini.
Banyak simpan gambar awan
Penyanyi berumur 30 tahun itu tidak menidakkan memang meletakkan harapan untuk menang bagi karya istimewa itu.
Saya tidak boleh tipu bahawa memang meletakkan harapan besar untuk Terus Hidup menang. Saya mahu rasakan kemenangan ini.
Ketika berada di tahap terbawah dalam hidup sekitar tahun 2015 dan 2016, saya melihat ramai komposer dan penulis lirik menyampaikan kisah mereka menerusi lagu.
Dari situ saya mula terinspirasi untuk tulis lagu sendiri.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani menyatakan Terus Hidup ini juga didekasikan untuk arwah bapa yang meninggal dunia ketika usianya 15 tahun.
Pada malam anugerah berprestij itu, Aina telah dinobatkan sebagai Juara AJL37 dan menjadi pemenang dua tahun berturut-turut bagi kategori vokal terbaik.