berita

#AJL37: [VIDEO] Guru Vokal Mengalir Air Mata Tonton Persembahan ‘Terus Hidup’ Aina Abdul – ‘Perfect!’

February 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Reaksi guru vokal, Sarah Ismail ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu (AJL37), baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Artikel berkaitan: #AJL37: Guna Lebih 200 Meter Kain, Kepulan Awan Simbolik Aina Abdul Untuk Arwah Ayah

Artikel berkaitan: #AJL37: Beza Hanya 2 Markah Berbanding Naib Juara, Ketua Juri Akui Susah Cari Kesalahan Dalam Persembahan Aina Abdul

Artikel berkaitan: #AJL37 Busana Aina Abdul ‘Luar Kotak’, Buat Netizen Terapung Di Awangan!

Tersentuh dan meremang bulu roma

Menurut Sarah, persembahan Aina dari awal sehingga akhir tidak mempunyai kesalahan langsung. Malah, Aina berjaya membawa penonton untuk mengerti dan memahami lebih lanjut mengenai lagu ‘Terus Hidup’. Konsep awan yang dibuat oleh Aina juga berjaya menyentuh hati Sarah.

Ujar Sarah, bahagian terakhir persembahan Aina seolah-olah mahu bercakap dengan arwah ayahnya. Tidak dapat menahan sebak, Sarah dilihat mengalirkan air mata ketika memberi reaksi terhadap persembahan Aina. Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini, Aina seorang penyanyi yang sangat bagus dan hebat pada masa kini. Ini kerana, dia boleh mencipta sebuah karya yang sangat indah.

Sumber: F8Buzz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×